‎اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ،وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِ نَا


‎اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ،وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِ نَا مُحَمَّدٍ
KULIAH AGAMA BULANAN (MAGHRIB)
Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
26 September 2025 (JUMAAT) / 04 Rabiulakhir 1447H

Bersama :
Tuan Guru Hj Ghazali Bin Ahmad Al-Fathani (BABA LI SEKAM)
(Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Pattani)

Kitab ???? : Matan Jauharahtut Tauhid
(Al-‘Alim Al-‘Allamah Asy-Syaikh Ibrahim Al-laqqoni)

Dan Soal Jawab Ilmu Tauhid
BAB 4 : Lain-Lain Keterangan
- Perkara 120 : فَيَرْزُقُ اللهُ الْحَلَاَلَ فَاعْلَمَا وَيَرْزُقُ الْمَكْرُوْهَ وَالْمُحَرَّمَا
Maka memberi rezeki Allah akan yang halal, ketahullah olehmu!; Dan memberi rezeki la akan yang makruh dan yang haram. (m/s : 25)
- Perkara 121 : فِي الإِكْتِسَابِ وَالتَّوَكُّلِ اخْتُلِفْ * وَالرَّاجِحُ التَّفْصِيْلُ حَسْبَمَا عُرِفْ
Telah bersalah-salahan ulama’ pada kelebihan berusaha dan bertawakkal.; Dan yang lebih berat mengatakan dengan tafshil sekira-kira yang telah diketahui akan dia (daripada kitab-kitab ulama']. (m/s : 25)
- Perkara 122 : وَعِنْدَنَا الشَّيْءُ هُوَ الْمَوْجُوْدُ * وَثَابِتٌ فِي الْخَارِجِ الْمَوْجُوْدُ
Dan disisi kita "Bermula syai' [sesuatu] itu iaitulah yang maujud" [yang ada]; dan maujud itu ialah yang tsabit [tetap] pada pandangan zahir.
- Perkara 123 : وُجُوْدُ شَيْءٍ عَيْنُهُ وَالْجَوْهَرُ * الْفَرْدُ حَادِثْ عِنْدَنَا لا يُنْكَرُ
Wujud sesuatu itu ialah 'ainnya [dirinya], bermula jauhar; fardi itu baharu ia disisi kita tiada diingkarkan.
- Perkara 124 : ثُمَّ الذُنُوْبُ عِنْدَنَا قِسْمَانِ * صَغِيْرَةٌ كَبِيْرَةٌ فَالثَّانِي
Kemudian itu. Adalah kesalahan-kesalahan disisi kita dua bahagi:; Yang kecil dan yang besar. Bermula yang kedua itu [dosa besar].
- Perkara 125 : مِنْهُ الْمَتَابُ وَاجِبٌ فِي الْحَالِ ٣ وَلَا الْتِقَاضَ إِنْ يَعُدْ لِلْحَالِ
Wajib bertaubat daripadanya pada ketika itu juga; dan tidak jadi rosak taubatnya jika kembali ia berbuat kesalahan pula seketika itu.
- Perkara 126 : لَكِنْ يُجَدِّدْ تَوْبَةً لِمَا اقْتَرَفْ * وَفِي الْقَبُوْلِ رَأْيُهُمْ قَدِ اخْتَلَفْ
Tetapi hendaklah ia membaharui taubat bagi apa-apa yang diperbuatnya; dan pada diterima taubatnya itu sesungguhnya telah bersalah-salahan fikiran mereka itu [ulama'].

Sila kongsikan : ????????
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Related post

About

Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka
Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka merupakan sebuah Masjid Negeri terbesar dalam negeri Melaka

Get in touch

Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka
Jalan Bukit Palah,
75400,

Phone : +6062841142